Monday, 25 December 2017

ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2017 YANG PELIK(AKU BUKAN FANS JDT)

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 adalah paling pelik dimana pasukan Juara Liga Super 2017 dan Juara Piala Malaysia pemain pasukan tersebut tidak ada yang memenangi satu pun anugerah pada tahun ini walaupun ada player yang sepatutnya layak untuk menang anugerah itu.Korang bayangkan pasukan tersebut tak dapat satu pun Anugerah daripada pemain harapan sehingga la pemain paling bernilai.Media Sosial yang terbaik pun mereka kalah dan laman web terbaik padahal mereka punya laman web terbaik bagi aku kat Malaysia ni.

Kalau ikut anugerah yang dipertandingkan bukan semua maksud aku diorang patut menang cuma ada beberapa yang dipertandingkan diorang sepatutnya layak.Anugerah pemain muda harapan bagi aku memang layak Adam Nor Azlin menang sebab aksi dia bersama Selangor dengan Harimau Malaya kosisten sentiasa menunjukan aksi terbaik di barisan pertahanan terutama ketika aksi beliau di Sukan SEA  2017.Penyokong terbaik bagi aku memang layak pada penyokong Kedah Fa sebab mereka sungguh berdisplin pada musim ini diorang bukan musim ni je berdisplin tetapi sebelum ini jugak bagi aku diorang berdisplin.Pertahanan terbaik aku memang layak untuk pemain muda Pahang iaitu Matthew Davies kerana aksi dia antara yang terbaik di liga mahupun bersama pasukan Kebangsaan.Penjaga gol terbaik pada aku lebih layak menang ialah Hafizaul Hakim atau Izham Tarmizi kerana aksi diorang lebih tangkas di liga,Bukan Ifwat  tak bagus tetapi bagi aku Ifwat belum layak untuk menang anugerah ini tetapi bagi aku Ifwat antara penjaga terbaik di liga Malaysia ini.Pemain tengah terbaik sepatutnya dimenangi oleh Naxto Insa sebab tak dapat dinafikan aksi dia adalah memang terbaik berbanding calon-calon anugerah tersebut,bukan bermakna Badrol Bakhtiar tidak bagus tetapi anugerah ini lebih layak pada Naxto Insa.Penyerang terbaik bagi aku sememangnya layak untuk pemain daripada PKNP iaitu Shahrel Fikri Fauzi kerana aksi dia bersama PKNP sungguh kosisten dengan berjaya menyumbat 24 gol pada musim ini dia juga penjaring tempatan paling banyak pada musim ini menewaskan Malik Ariff yang berjaya 18 gol sahaja musim ini.Pemain import terbaik bagi aku sememangnya layak untuk Liridon Krasniqi  dengan aksinya berjaya menjaringkan 8 gol dan berjaya membantu Kedah menjuarai Piala Sumbangsih dan juga Piala Fa musim ini.Jurulatih terbaik sepatutnya dimenangi oleh Jurulatih daripada JDT iaitu Ulisses Morais kerana berjaya mengubah pretasi JDT selepas Benjamin Mora gagal membantu JDT menjuarai Piala Sumbangsih.

Ini hanyalah pendapat dan pandangan daripada seorang penyokong bolasepak tempatan.